Saturday, October 3, 2009

.Raye?.



Salam..!~

Rasanya belum lambat kot nak ucap SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN..raya kan sebulan..erm..jz gOt back frOm kampung..seronok rasa dapat tgk tmpt lahir walaupun sekejap sangat..

erm..raya tahun ni terasa begitu hambar..ini raya pertama tanpa arwah tokwan yang pergi buat selama-lamanya bulan april yang lepas..pagi-pagi tuh dah rasa hiba..(tak patut kan..raya hari untuk bergembira menyambut 'kemenangan')..lps salam raya..memang terasa bila tak dapat cium tangan n pipi tokwan lagi..tok pun nampak murung..mata tok merah, kami tahu tok menangis..lepas solat, kami semua ke kubur..melawat tokwan, toknek n ngah di sana..di kuburan tokwan, aku tak dapat tahan lagi, air mata mengalir tanpa disuruh, dah cuba menghalang, tapi tetap jugak menitis dengan lajunya..tak elok menangis di kubur..pesan tu sempat didengar di masjid selepas solat tu, tapi tak tahu lah..sebab tu agaknya perempuan tak digalak ke kubur..

lepas balik dari kubur, terus balik rumah, tunggu tetamu..nak pergi beraya, dah tak ada mood..tapi still jugak ikut diorang beraya ke umah toksu..then sebab nak teman tok, ikut tok pergi rumah toksu mek..itu je..dan bila petang, singgah rumah yong kejap..

itu sahaja cerita raya tahun ni..bab makanan, kuih2..errr..tahun ni aku wat kuah daging n laksa..semua orang komplen pedasss..hehe..maklomlah lidah aku ni kebal gile..rasanya, org negeri 9 je kot tahan masakan aku..ermm..kena cari jodoh org nogori nih..omakkk, carikaN eden satuuuu!~ekekeke







raya keempat

my bestfriend's wedding..hihi..selepas macam2 dugaan, akhirnya bersatu jugak diorang ni..cinta di bangku sekolah-putus-masing2 pastu kapel dengan orang lain-then jumpa balik di sarawak-couple balik-n now, husband n wife...:) tahniah wani!

pada hari nikah, aku temankan wani di masjid..selepas akad tuh, kat lua masjid, aku peluk dia and meminta pada dia 'sesuatu'..dia berjanji, 'sesuatu' itu tetap milik aku..aku dah kehilangan 'sesuatu' pada bulan mac tahun ini..dan aku tidak mahu perkara yang sama berulang..ia terlalu menyakitkan dan pedih untuk diterima..hanya orang yang melaluinya akan memahami situasi aku..apapun ia, biarlah rahsia..cewahhh..cam lagu ct lak..ehehhee

SELAMAT PENGANTIN BARU WANI N WAFIK


No comments: