Thursday, August 21, 2014

Hilangnya Doa Seorang Ibu ...

Sabtu , 19 Julai 2014 .. mak kelihatan gembira tatkala kami dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah kak yong di Relau , Kedah . Malah mak menyediakan kuih bom untuk dibawa . Tak Nampak sebarang kelainan , semuanya seperti biasa-biasa sahaja . Tanpa kami ketahui itulah masakan terakhir dari mak . . Ahad , mak mula demam tapi tak begitu kuat . Isnin , saya membawa adik , Ain ke Nibong Tebal untuk mendaftar di KWSP . Mak siap berpesan kepada kami untuk belikan tikar baru untuk bilik dia . Jadi dalam perjalanan pulang , kami singgah di Parit Buntar untuk membeli tikar baru untuk mak . Selasa , 22 Julai 2014 . . semasa ke bilik mak untuk salam dan cium pipi macam biasa sebelum bertolak ke tempat kerja , badan mak panas . Saya Tanya ‘Nak pergi klinik tak? Mak tak payahlah puasa ‘ . . Namun mak Cuma kata ‘tengok dulu’ . . Saya pun ke tempat kerja tapi hati rasa tak berapa sedap .. dalam pukul 2 lebih Ain sms Tanya saya pulang pukul berapa .. kebetulan hari tu ada meeting . Kata Ain , mak tak larat bangkit , nak bawa ke klinik . Saya cakap tunggu saya balik . Pukul 4 lebih , saya sampai di rumah . Mak dah tunggu depan pintu . Memang mak tak larat berdiri . Nak masuk kereta pun susah sekali . Sampai kecemasan Hospital PB , hanya tunggu sekejap kemudian mak terus dibawa masuk . Mula2 doktor mengesyaki mak mengidap denggi . Lalu ujian darah dibuat . Sementara itu , badan mak dimasukkan air . Lama juga , dari 4 lebih tu sampai pukul 9 malam . Jadi , saya , ayah dan Ain berbuka di hospital dengan roti yang saya dan Ain beli di Mydin sebelah hospital . Muka ayah memang kelat dah sebab terlalu risaukan mak . Then dah lama mak drip tu doctor kata mak bukan denggi Cuma demam panas . Jadi dia benarkan balik . Dan saya tak tahu kenapa doctor buat tak kisah dengan sakit pinggang mak sedangkan mak berkali-kali cakap pinggang dia sakit . Mungkin juga sakit itu dari demam yang kuat . Balik , mak Cuma larat duduk . tak larat berjalan mahupun mengesot . Berbuka , solat , mandi , ambil wuduk .. semuanya di bilik . Kami bawakan kepada mak . Dan mak tetap nak puasa . Kata mak ‘ takpelah mak larat lagi puasa , kalau tak larat nanti mak bukalah’. Hari Khamis , kakyang bawakan ke KPJ Taiping . Doktor kata mungkin viral fever sebab tu sendi-sendinya sakit. Dia kasi ubat , katanya kalau 3 hari tak elok juga , bawa semula untuk ujian darah. Sabtu , 26 Julai 2014 mak sakit pinggang sakit badan sangat-sangat .. Kami bawa ke Hospital PB semula . Dorang buat xray semua then dorang kata tulang belakang mak ada yang retak. Mungkin akibat jatuh. Tapinya dah lama lah jatuh tu , masa mak muda2 dulu . Doktor kata ada dua pilihan je iaitu bedah atau biar . kalau biar , mereka Cuma akan beri ubat tahan sakit dan mak akan kekal lumpuh begitu . Kalau bedah , tak ada jaminan mak boleh jalan semula .Dan sudah pastilah kami memilih untuk pembedahan. Nak usaha setakat termampu . Takkan kami nak biarkan sahaja . Itulah the one and only emak . Mestilah nak buat yang terbaik. Jadi petang tu mak di admit ke Hospital Taiping . Macam2 jenis doctor datang check mak , macam2 jenis teori keluar . Datang pakar , dia suspect mak ada multiple myeloma , sejenis kanser darah. Jadi dia buat ujian darah . Memandangkan resultnya akan lambat , doctor benarkan mak discharge pada petang raya pertama 28 Julai 2014. Memang raya terasa suram tanpa mak . Kami membuat segala persiapan tanpa mak. Tahun2 sebelum ni , sambil masak di dapur kami akan berceloteh panjang.. Pagi raya amat terasa kerana hanya ada ayah dan tok . Ayah saya menangis . ALLAHUAKBAR .. sayu sekali melihat air mata dari ayah .. Ayah amat terasa ketidakhadiran mak di pagi raya .. Kami tak ke Hospital kerana mak akan discharge pada tengah hari. Dalam pukul 3 , mak sampai . Duduk sekejap di atas kerusi roda pun mak mengeluh sakit . Kami letakkan tilam mak di ruang tamu bagi memudahkan tetamu yang ingin datang menjenguk mak . Masa tu mak memang oke Cuma sakit badan . Mak masih bergurau , masih bercerita macam2 .. Cumanya mak tak lalu makan . Tetap kami suap walaupun mak akan muntahkan balik lepas tu.dan mak banyak kali sebut 'janganlah lepas ni sakit yang teruk2 macam ni , biarla sakit yang biasa2 je ..' .. Hari Sabtu , 2 Ogos 2014 , kami panggil ambulan , doctor yang datang tu suruh bawakan ke hospital jadi mak dihantar ke hospital PB . Malangnya di Hospital PB , doctor hanya bersikap sinis seolah2 kami hantar sebab taknak menjaga mak . :( Kami lebih dari rela untuk jaga mak , tahu ???? Jadi dorang Cuma masukkan air dan rawat buasir mak then dia benarkan balik TANPA ambulan . katanya ambulan untuk kes kecemasan SAHAJA . katanya lagi , mak bukan sakit tapi mungkin lenguh sebab terlalu lama berbaring jadi dia pesan untuk belikan tilam air , atau balik2 kan badan mak setiap 2 jam bagi mengelakkan bed sore. Ahad , kakyong datang jenguk mak . Mak Nampak ceria malah kami gelak2. Isnin , pagi .... adalah hari terakhir saya mendengar suara mak .. kerana petang itu mak dah tak dengar suara , dah tak angguk dan tak ada geleng. Mata pun mak jarang buka. Nak beri makan ubat mak tutup mulut rapat2. Makan memang tak ada . Minum pun sedikit sangat. Itupun kami suap menggunakan picagari memandangkan mak dah tak mampu menghisap melalui straw. Tetap jugak ajak mak bersembang . Banyak kali saya sebut 'mak , mak kena sihat . Mak nak pergi konvo Ain kan ? kena lah makan . cepat mak sihat''tak lama nanti mak sihatlah ni , boleh kita pergi jalan2 kan mak' .Solat pun kami ingatkan mak jika dah masuk waktu jadi mak solat menggunakan isyarat mata . . sebelum ni mak masih boleh gerakkan tangan untuk solat walaupun berbaring.. Kami ambilkan wuduk untuk mak dan beritahu jika waktu dah masuk ..Setiap hari pergi kerja hati rasa tak sedap fikirkan mak kat rumah . Risau . Hari2 nak balik cepat. Hari2 dok tengok jam , sampai je waktu balik memang bergegas saya pulang. Hari Khamis , 7 Ogos 2014 . Saya balik , ayah dah bancuhkan milo untuk mak , ayah minta saya suapkan. Di luar jangkaan , mak habiskan secawan milo ! Sedangkan sebelum itu , satu perempat cawan pun tak habis . Petang saya beri lagi secawan , dan habis ! Last sekali yang mak minum adalah air zamzam yang saya beri selepas habis milo cawan kedua itu.bila 2 cawan milo mak habiskan , hati saya dah tak sedap. Rasa lain macam tapi pujuk hati bahawa mak dah nak sihat sebab tu dah boleh minum banyak. Tak berenggang saya dari tepi mak . Memang 2 3 hari ni kami bergilir2 bacakan Yassin untuk mak.. Maghrib , macam biasa saya dan Ain mandikan mak . Tapi mak Nampak lemah sangat . Dan semasa iringkan mak untuk cuci belakang badan , mak muntah . Keluar air milo . :( Dalam pukul 8 , toksu , paksu dan maksu datang tengok mak . Toksu cadangkan panggil MA di klinik untuk tengok mak . Kalau MA kata bawak hospital , baru bawa ke hospital . Kami memang nak bawa tapi teringat kes Sabtu yang lepas . Then kami decide , pergi panggil MA atau orang kampong kata ‘dresa’ . Then dorang sampai . Check2 mak dorang kata nak bawa ke hospital . Masa tu tak lama lepas azan isya’ . Saya ikut naik ambulan . Atas ambulan , mak dah separuh sedar. Mak macam susah nak bernafas . MA tu suruh saya ajarkan mak mengucap . Jadi saya tak henti2 bisikkan kalimah syahadah di telinga mak .Mak macam menyebut ‘ALLAH..ALLAH’ tapi suara mak tak keluar. Takutnya saya pada masa itu hanya Tuhan yang tahu , takut sangat2 yang ALLAH akan ambil mak kembali . Sungguh , saya takut dan tak mampu nak membayangkan hidup tanpa mak. Sampai hospital , terus ke kecemasan , tak lama lepas tu doctor panggil masuk . Dia cakap ‘pernafasan pesakit sangat tidak baik . you tengok saya sudah kasi oksigen level paling tinggi tapi masih tak oke’ .. kemudian dia Tanya sudah berapa hari mak tak larat begini saya beritahu sejak isnin petang .. kecewa bila doctor kata ‘ kenapa sekarang baru bawa ?’ ALLAH .. sabtu hari tu bawa memang beginilah kondisi mak , tapi apa yang kami dapat? Huhu. Then doctor suruh tunggu di luar . Masa tu kakyang dan abang am dah sampai .Beberapa kali doctor panggil masuk . Mula2 dia kata nak transferkan mak ke hospital yang ada mesin oksigen tu mungkin Taiping mungkin Ipoh . Dalam fikiran masa tu dah bersedia ‘oke malam ni saya jaga mak..’ malah dah berkira2 ayat yang nak diguna untuk call pengetua untuk minta cuti rehat khas (crk). Then doctor panggil lagi , katanya jantung mak tiba2 berhenti . ALLAH .... saat ini , terasa jantung sendiri yang berhenti . Mereka nak buat prosedur cpr untuk mak . 25 minit selepas itu , doctor panggil .. katanya ‘kami sudah buat cpr untuk 25 minit , tapi tidak ada respon dari pesakit . kami juga ada dengar bunyi ‘kruk’ dari pesakit . kami akan cuba untuk 5 minit lagi jika tidak ada respon kami terpaksa let go kerana pesakit pun Nampak terseksa'. ..... ALLAH ALLAH ALLAH .. saat ini sudah terasa bahawa kami telah kehilangan mak .. namun tetap berdoa untuk keajaiban 5 minit itu .. Tuhan kembalikan lah ibuku .. 5 minit kemudian , doctor panggil .. saat ini kaki terasa berat nak melangkah .. seolah-olah tahu apa yang bakal kami berdepan .. Terasa lemah terasa gelap dunia .. masuk dalam .. doctor kata dia sudah buat yang termampu dan tidak ada juga respon dari mak .. 'Saya suspect dia punya sakit multiple myeloma sudah merebak tapi saya tak ada bukti’ dan pada sijil kematian doktor tulis jangkitan kuman dan kegagalan organ sebagai punca kematian.. masa tu saya memang terduduk .. ALLAH .. telah KAU ambil ibuku pulang .. saya dan kakyang duduk di sisi jenazah mak sementara menunggu van jenazah sampai ..saya cium mak puas2 kerana mak baru sahaja pergi jadi badan mak masih panas seperti manusia hidup .. perasaan , entah bagaimana mahu diceritakan . begitu banyak dugaan dalam hidup saya , ternyata ini yang paling berat . Mak Nampak tenang ..
Mak pergi malam jumaat .. betapa beruntungnya mak .. berapa ramai yang mengidamkan pulang ke rahmatullah pada malam jumaat ? hari pengebumian mak , Jumaat 8 Ogos 2014 jam 10 pagi . malam itu kami adik beradik dan ayah memang tidak tidur , temankan jenazah mak .. bergilir2 bacakan yassin dan ayat2 al quran untuk mak .. melihat muka mak , jernih sangat2 .. cantik sangat2 .. tak pernah lihat mak secantik itu .. kami adik beradik sama2 mandikan jenazah mak .. saat dikafankan , saya renung muka mak puas2 kerana itulah kali terakhir saya akan tengok jasad mak .. saya turut ikut ke kubur untuk pengebumian mak .. cuaca hari itu sangat baik .. mendung dan angin sepoi2 bahasa .. ALLAH .. kubur mak selang 4 kubur dari arwah kakak .. sekali lagi sebelum mak diturunkan ke liang lahad , kafan mak di bahagian muka dibuka bagi membolehkan kami melihat muka mak .. sekali lagi kami tatap wajah mak puas2 , sebelum ia ditutup kembali .. selamat tinggal mak .. selamat pulang .. entah esok lusa , kami menyusul ... kembali bekerja , segalanya terasa kosong .. tak ada tangan dan pipi mak untuk dicium .. perjalanan pergi dan balik kerja dihiasi dengan air mata .. rindu pada mak .. rindu sangat2 .. dan ia bukan air mata sedih , ia air mata kerinduan yang amat sangat dari seorang anak .. hingga sekarang , balik rumah ternampak2 bayang mak .. terasa2 kehadiran mak .. bagai terbau mak .. terdengar2 bunyi tongkat mak .. setiap inci rumah mengingatkan pada mak .. 12 ogos , hari mak patut ke hospital . saya balik , tengok mak tak ada , dalam hati kata ' oh mak tak balik lagi dari hospital' .. entah kenapa hari itu saya jadi blur .. kemudian baru tersedar ' ' ALLAH .. fara .. mak dah tak ada apa kau merepek ni ' .. saya beristighfar berkali2 .. sedekah alfatihah banyak2 untuk mak .. ALLAH , rindu sangat ... tapi telah sampai janji mak dengan Tuhan -- 70gos 2014 mak akan pulang .. dan insyaALLAH kami semua redha .. :)
Insya ALLAH mak bahagia di sana .. mak muslimah yang sangat menjaga agamanya , mak isteri yang taat , mak ibu yang mithali , mak anak yang solehah , mak menantu yang terbaik , mak kakak yang baik , maktok yang baik .. Sakitnya juga tak lama .. perginya juga dalam keadaan baik .. di hari yang baik ... semoga ALLAH tempatkan mak di syurgaNYA .. aminn ..