Friday, February 24, 2012

final.


" sabar fara , mereka tidak tahu apa sebenarnya yang sedang kau hadapi . Mereka boleh membuat pelbagai andaian dan spekulasi tapi hakikatnya hanya kau , dia dan ALLAH SWT sahaja yang tahu .. jadi bersabarlah ... biarkan mereka menghina , mencaci atau menuduh yang bukan-bukan .. sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang bersabar .."

ayat ini saya ulang berkali-kali kepada diri sendiri .. saya sungguh sakit , sungguh penat dan tak berdaya lagi untuk hidup .. masalah saya , saya pendam kepada diri sendiri .. kadang kala ibu dan bapa saya mendesak untuk saya bercerita apa sebenarnya yang sedang saya hadapi hingga hidup saya begitu susah , begitu serabut .. tapi tetap saya diamkan .. walaupun dimarahi hingga saya dikatakan 'anak yang menyusahkan' tetap saya berdiam diri .. kerana saya telah berjanji , rahsia ini saya bawa sampai mati .. biar tiada siapa pun akan tahu .. biarlah sakit pedih saya tanggung seorang .. dihina , dipandang sinis .. semua saya dah rasa .. saya tiada siapa2 .. saya berkeseorangan di dunia ini .. saya tiada sesiapa ....