Wednesday, July 29, 2009

.Al Fatihah.

hari ini, 28 julai 2009, kami warga SABAR amnya, dan warga 2RKA2 khususnya telah berdepan dengan satu kehilangan..perginya FATIN AMALINA BT HALIL HUSARI adalah kehilangan yang besar bagi kami..aku terkedu dan tergamam waktu mula menerima berita kematian beliau..setelah lebih seminggu arwah tidak ke sekolah, kami sentiasa mendoakan arwah agar dia dapat diubati dan kembali bersama2 kami..arwah pelajar yang pintar..hari anugerah baru2 ni, arwah mendapat tempat pertama di kelas dan kedua keseluruhan..sepanjang dalam kelas aku, arwah adalah antara pelajar yang mudah memberikan kerjasama, pelajar yg mengikuti arahan dengan baik..malah pada kali terakhir arwah masuk kelas, dia orang pertama yang memberitahu bahawa tugasan yg aku berikan pada mereka, telahpun dia siapkan..tp kini semua kenangan, yang pergi takkan kembali..cuma sukar utk terima kerana arwah pergi bukan kerana sakit biasa..tp sakit akibat gangguan makhluk halus yang masuk ke badannya..siapalah yang tergamak buat arwah begitu, dia budak yang baik, tak pernah menyusahkan sesiapa..
aku sempat menjenguk jenazah arwah sblm dikebumikan..sebaknya tak tahu aku ungkapkan..tp terpaksa aku menahan kerna aku tak mahu air mata aku mengalir depan para pelajar yang lain yg semenjak mengetahui kematian arwah sudah tak henti2 menangis..aku tahu aku kena kuat..kalau aku turut menangis, bagaimana aku nak yakinkan pada kawan2 arwah supaya jangan ratapi kematian arwah..pulang ke rumah, aku tak mampu tahan air mata lagi, aku terkilan kerana tidak sempat menjenguk arwah semasa hayatnya..kalau ikutkan, minngu ini, atau lebih tepat hari khamis aku ingin pergi ke rumah arwah..apakan daya..Tuhan lebih sayangkan dia..

YA ALLAH, PELIHARALAH FATIN AMALINA DI BAWAH RAHMAT MU, DIA PELAJAR YANG BAIK, TIDAK PERNAH MENYAKITI HATI AKU SEBAGAI GURUNYA..ANAK YANG BAIK YANG SENTIASA PATUH PADA KATA KEDUA IBU BAPANYA..TEMPATKANLAH DIA DI KALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN..AMIN

FATIN, KAMI AKAN SENTIASA MERINDUI MU..

AL -FATIHAH..


No comments: