assaLamuaLaikummmm ...
sedar tak sedar ,, pejam ceLik pejam ceLik .. dah nak tamat percutian seLama sebuLan Lebih .. sekejap je kan masa berLaLu .. dan sekejap je tahun 2012 bakaL berLaLu .. meh-meh jenguk apa je Lahh yang teLah saya buat sepanjang cuti ini .. (^^,)
Minggu Pertama
Pada minggu pertama , aktiviti masih di tempat kerja , masih ada kerja tertunggak yang perLu dibereskan termasukLah pengiraan stok yang memang tak sempat sebeLum cuti bermuLa . YeLah minggu akhir hari tu memang sangat sibuk . Tambah puLa minggu akhir tu kena pergi kursus puLaaaaa . Stok puLakk memang Lahh banyakk .. TIGA faiL yang tebaL itu oke senarai stok yang perLu dikemaskini . Huwaaa . Dan saya seorang . Tapi .. hoyee !! Siapppp !!! BoLehLahh muLa bercuti ! (kononnn)
Kawan baik saya kahwin ! Congrats Wahidah darLingg !! ActuaLLy dia dah nikah masa buLan sepuLuh ritu ,, ni cuma majLis resepsi .. Happy for you darLing !! Oke ni secebis (eh?) gambar dari majLis beLiau ..
Minggu Kedua
Hehe .. memberanikan diri memandu ke Cameron HighLands .. MuLa2 bercadang untuk foLLow bas rombongan dari sekoLah ,, Lama2 Lostt sebab bas tu Laju sangat , tak terkejaq ceqq aihh .. Masa ni pergi dengan rakan sejawat , n tomo tOek . hihi . Oke ni secebis juga gambar .. :P
Seorang Lagi kawan baik saya kahwinn !! KaLi ini saya pergi berkampung di rumah dia di Sungai Siput , Perak dari hari Khamis hingga La hari Ahad .. Menepek buat muka tak maLu gi rumah orang .. haha .. tapi sangat happy kerana dapat menyumbang serba sedikit tenaga untuk menyudahkan kerja2 yang beLum sudah .. Saya demam sejak baLik dari Cameron , dan sehari sebeLum saya ke rumah kawan saya ini , demam saya memang sangat teruk hingga tak mampu bangun . Dan memang muLa2 saya tidak dibenarkan pergi . Tapi sebab dah berjanji , jadi saya teLah meneLan panadoL banyak2 supaya sekurang-kurangnya saya boLeh berdiri . hihi . ALHAMDULILLAH .. hari khamis tu saya sedikit oke . Tapi beLum cukup kuat jadi saya menangguh pemergian (cewahhhh ..) dari waktu pagi ke waktu tengah hari . Pagi tu saya tido tido tido supaya sihat . Lagipun saya ke rumah dia by bus . PerLukan tenaga sangat2 .. :) Kenapa by bus ? AdaLahhhh .. Saya naik 3 bas .. Parit Buntar-Taiping ( masa ni memang kritikaL , daLam bas saya sempat pitam ) , Taiping-KuaLa Kangsar , KuaLa Kangsar - Sungai Siput . Masa daLam bas ke sungai siput , saya dah oke , tapi sakit kepaLa memang Tuhan je yang tahu . Saya bersyukur badan tak Lagi panas . YeLahh sakit kepaLa kita boLeh sembunyikan , tapi kaLau badan panas macam mana nak sorok ? Sah2 masa peLuk2 ngan kawan nanti dia tahu . Dan saya taknak dia tahu ! KaLau dia tahu pasti saya tak berpeLuang kan untuk toLong buat kerja ? Syukur sangat sepanjang kat rumah dia keadaan saya bertambah baik dan puLih sepenuhnya pada hari Sabtu . Sorok2 wehhh teLan ubat . haha !
Dan kawan saya ini , NURULAKMA , teLah meLengkapkan senarai bestfriend yang teLah seLamat menjadi bini orang . hehe . faham tak ayat tu . Itu bermaksud , dengan sahnya si nuruL ni jadi bini orang , maka KESEMUA besfren saya teLah berkahwin ! Hai apaLah nasib .. maka dengan rasmi .. saya orang terakhir Lahh yang kahwin nanti ( itupun kaLau ada ..). Apapun ,, seLamat pengantin baru yoma dan ashriq fahmy !!! :) Semoga kaLian bahagia hingga ke syurga .. aminnn ..
Minggu Ketiga
Bertugas untuk peperiksaan SPM . Bukan mengawas peperiksaan , cuma bertugas untuk paper Prinsip Akaun . Sehari je ..
Bawak ayah untuk foLLow up doc kat HospitaL Taiping .. Tapi ada berita kurang menyenangkan . :( ... dan ayah mungkin dirujuk ke HospitaL PuLau Pinang puLa kerana pakar untuk sakit tersebut tiada di Taiping .
Apa dia berita tu biar saya simpan duLu .. Semoga ayah kembaLi sihat .. Aminn
Minggu Keempat
KembaLi ke tempat kerja untuk menyiapkan jaduaL sesi 2013 . Fenin feninnn feninnn .. Mujur bertugas dengan kak shimah yang pandai masak .. setiap hari ada je juadah yang dia bawa , siap dengan air miLo ( sebab dia tahu saya hantuuuuuu meLoo .. hihi ). Thanks kak shima !! Sayang kak shima . Guys ,, ni bLog masakan dia .. dia memang tere !! Patut dah masuk masterchef dah tapi dia pemaLu orangnya :)Terjah2 Lah bLog dia kaLau naak cuba resepi2 yang mebeLesss . :)
Hari jumaat pergi berkampung ke rumah yong . Dia buat nasi ayam , saya buat Laksa . BerkumpuL La kat situ semaLaman , tomo je takde ..
Minggu KeLima
Minggu keLima takbuat apa .. duduk kat rumah goyangkaki . hahaha !! SesambiL buat kek . Dari resepi kak shimah . hihi . Dan 14 Disember , birthday ayah . Buat kek pisang untuk ayah . Dan beLikan beLiau handphone baru . Tapi yang biasa2 je Lah sebab ayah saya tak berapa reti nak tekan2 handphone ni . :)
Minggu Keenam
Pergi servis Mr PJC saya tu . Lamaaaa giLaaa . Dan sangat ramaiiii orang . Bayangkan saya menunggu dari jam 3 petang sampai pukuL 6 Lebihh .. dari tak hujan kepada hujan sampai hujan berhenti saya masih di situ ditemani ayah dan ain . Nasib baik kat situ kondisinya nyamannn sekaLiii .. hehe
SekaLi Lagii , pergi Cameron HighLands ! KaLi ini bawa mak , ayah , ain dan tok . KaLi ini baru memborongg sakan . Penuh bonet PJC . ngehngeh
Keputusan PMR keLuar pada hari yang sama saya ke Cameron . 56 orang dari 125 peLajar saya berjaya mendapat A daLam subjek yang saya ajar tapi sehingga post ini dipubLish , tak ada seorang pun yang mengucapkan secebis ucapan terima kasih .. yeLahh mungkin diorang berjaya sebab usaha sendiri , .. kan ? sob sob . Apapun saya sangat berbangga dan gembira dengan pencapaian cemerLang anak2 SABAR ! Proud to be sabarian !! WaLaupun sekadar no 4 dari 21 sekoLah di daerah kerian , namun itu cukup menggembirakan . Tahun depan kita pastikan kita up ke tangga kedua oke sabarians ? Thaun depan Last PMR kottt sebeLum PBS yang tahpape tu ambiL aLihh ..
Pergi shoppinggggg !! Time Year End SaLe ni memang sesuai sangat La untuk orang yang tak berapa nak ada duit seperti saya ni pergi membeLi barangan idaman . hahaha . Tapi tak beLi apa pun sekadar barangan untuk ke tempat kerja di tahun baru nanti . Saya bukanLah orang yang suka membazir . KaLau saya beLi kasut , saya akan pakai sampai kasut tu dah tak rupa kasut ( dah koyak , dah tak berfungsi ) baruLah saya akan beLi yang baru . Macam tu jugak beg tangan . Saya memang tak macam perempuan Lain yang menjadikan kasut dan handbag sebagai koLeksi . Mungkin jugak faktor saya yang tak berduit membuatkan saya cukup berjimat . Tapi saya bangga jadi saya !!! :)
Minggu Ketujuh
Meeting meetinggg meetinggg .. 24 hb Disember saya ke sekoLah untuk uruskan stok buku2 di koperasi , 25 hb cuti Krismas , 26-31 Meeting .. zzzzz
dannn sekarangggg
cuti dah habisss !! mari kembaLi sibukkk :)Dengan semangat baru .. LAPAN keLas tingkatan 3 *pengsannn*
WELCOME 2013 . PLEASE BE NICE TO ME . MAY EVERYTHING GOES WELL . AMIN (^^,)
No comments:
Post a Comment