assaLamuaLaikum..
aisya dah mencecah 5 tahun . dan kami telah muLa mengajarnya untuk soLat . setiap kaLi soLat , saya akan panggiL dia untuk bersoLat bersama saya . ALHAMDULILLAH , dia anak yang menurut perintah . tiada sebarang bantahan dari dia setiap kaLi saya mengajaknya soLat . maLah kadang-kadang dia yang akan datang kat saya dan cakap ' achik jom sembahyang.. ' biLa dia teLah mendengar azan , tapi saya masih beLum memanggiLnya untuk soLat .. :) biLa asar puLa , dia tahu dia harus soLat duLu sebeLum keLuar untuk bermain bersama kawan-kawan di kejiranan kami atau sekadar bermain dengan abangnya , ammar .
aisya kadangkaLa tidak terduga kerenahnya . pernah semasa soLat dia tiba2 tersedu2 . sampai waktu berdoa pun dia masih tersedu2 menangis . biLa saya tanyakan dia menjawab ' adik rindu kat ibu .. ' .. dan terus saya memeLuk dia yang sedang menangis . ALLAH .. sebaknya hati meLihat tangisan seorang anak keciL yang rindukan ibu yang teLah pun pergi menyahut seruan ILAHI ..
juga kerap , biLa menonton tv , atau biLa saya membawanya keLuar , biLa meLihat kanak2 seusianya berjaLan2 bersama2 ibu masing2 dia akan cakap .. ' adik tak ada ibu .. ' namun dia bagai terpujuk biLa disuruh membaca ALFATIHAH atau membaca doa untuk ibubapa kepada arwah ibunya .. 'adik baca doa banyak2 kat ibu , nanti ibu sukaa ..' . setiap kaLi Lepas soLat dia akan baca doa untuk ibubapa tu kuat2 :) .. ALLAHUAKBAR .. saya cuma mengajarkan doa itu kepada dia daLam masa 3 hari , dia teLah dapat menghafaLnya beserta terjemahan :) dia memang anak yang cerdas akaLnya , mudah menerima jika diajarkan iLmu2 baru . moga dia menjadi anak yang soLehah agar dapat membahagiakan arwah ibunya di sana .. :)
oke ni gambar dia dengan baju tadika nya , PASTI . ALHAMDULILLAH , antara tempat asuhan terbaik untuk anak2 keciL :)
ammar juga teLah diasuh untuk mengikut tok ayah ke masjid , dan jika tidak dia akan soLat di rumah . ammar juga mudah menurut kata . waLaupun untuk soLat subuh , dia sentiasa mahu mengikut tok ayah nya ke masjid . ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH . moga keduanya akan menjadi insan soLeh dan soLehah yang membahagiakan ibubapanya di SANA .. insyaALLAH .. seLagi di bawah asuhan kami , seLagi itu asuhan untuk akhirat diutamakan . Moga ALLAH permudahkan . aminn .. :)
end of the entry . MariLah menjadi hamba . ALLAHUAKBAR .
No comments:
Post a Comment