Wednesday, October 29, 2014

rindu mak ..

sampai sekarang , saya masih tidak boleh melihat gambar mak , ataupun barang barang milik mak TANPA menangis .. Tuhan je yang tahu betapa saya sangat rindukan mak .. saya tak boleh buka dompet saya pun kerana ada gambar mak di dalamnya .. saya menjadi sangat sensitif walaupun sedang menonton drama di tv jika ada babak memaparkan anak dan ibu .. tak boleh baca pun di laman sosial jika ada sahabat memuatnaik gambar bersama ibu masing2 .. air mata begitu murah sejak mak sakit sehingga ke hari ini .. saya tak ada semangat untuk berbuat apa pun .. saya ini , hanya nafas yang ada , sudah tidak ada jiwa di dalamnya .. betapa sukarnya saya memalsukan sebuah senyuman .. betapa sukarnya ketawa tanpa rasa .. tapi saya terpaksa .. terpaksa senyum terpaksa ketawa .. saya tahu , saya kena kuat sebab saya tidak ada pilihan .. bila sahabat bertanya adakah saya okay .. saya tiada pilihan melainkan menjawab 'saya okay' , sebab hanya itu jawapan yang dimahukan oleh orang yang bertanya ..



Thursday, August 21, 2014

Hilangnya Doa Seorang Ibu ...

Sabtu , 19 Julai 2014 .. mak kelihatan gembira tatkala kami dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah kak yong di Relau , Kedah . Malah mak menyediakan kuih bom untuk dibawa . Tak Nampak sebarang kelainan , semuanya seperti biasa-biasa sahaja . Tanpa kami ketahui itulah masakan terakhir dari mak . . Ahad , mak mula demam tapi tak begitu kuat . Isnin , saya membawa adik , Ain ke Nibong Tebal untuk mendaftar di KWSP . Mak siap berpesan kepada kami untuk belikan tikar baru untuk bilik dia . Jadi dalam perjalanan pulang , kami singgah di Parit Buntar untuk membeli tikar baru untuk mak . Selasa , 22 Julai 2014 . . semasa ke bilik mak untuk salam dan cium pipi macam biasa sebelum bertolak ke tempat kerja , badan mak panas . Saya Tanya ‘Nak pergi klinik tak? Mak tak payahlah puasa ‘ . . Namun mak Cuma kata ‘tengok dulu’ . . Saya pun ke tempat kerja tapi hati rasa tak berapa sedap .. dalam pukul 2 lebih Ain sms Tanya saya pulang pukul berapa .. kebetulan hari tu ada meeting . Kata Ain , mak tak larat bangkit , nak bawa ke klinik . Saya cakap tunggu saya balik . Pukul 4 lebih , saya sampai di rumah . Mak dah tunggu depan pintu . Memang mak tak larat berdiri . Nak masuk kereta pun susah sekali . Sampai kecemasan Hospital PB , hanya tunggu sekejap kemudian mak terus dibawa masuk . Mula2 doktor mengesyaki mak mengidap denggi . Lalu ujian darah dibuat . Sementara itu , badan mak dimasukkan air . Lama juga , dari 4 lebih tu sampai pukul 9 malam . Jadi , saya , ayah dan Ain berbuka di hospital dengan roti yang saya dan Ain beli di Mydin sebelah hospital . Muka ayah memang kelat dah sebab terlalu risaukan mak . Then dah lama mak drip tu doctor kata mak bukan denggi Cuma demam panas . Jadi dia benarkan balik . Dan saya tak tahu kenapa doctor buat tak kisah dengan sakit pinggang mak sedangkan mak berkali-kali cakap pinggang dia sakit . Mungkin juga sakit itu dari demam yang kuat . Balik , mak Cuma larat duduk . tak larat berjalan mahupun mengesot . Berbuka , solat , mandi , ambil wuduk .. semuanya di bilik . Kami bawakan kepada mak . Dan mak tetap nak puasa . Kata mak ‘ takpelah mak larat lagi puasa , kalau tak larat nanti mak bukalah’. Hari Khamis , kakyang bawakan ke KPJ Taiping . Doktor kata mungkin viral fever sebab tu sendi-sendinya sakit. Dia kasi ubat , katanya kalau 3 hari tak elok juga , bawa semula untuk ujian darah. Sabtu , 26 Julai 2014 mak sakit pinggang sakit badan sangat-sangat .. Kami bawa ke Hospital PB semula . Dorang buat xray semua then dorang kata tulang belakang mak ada yang retak. Mungkin akibat jatuh. Tapinya dah lama lah jatuh tu , masa mak muda2 dulu . Doktor kata ada dua pilihan je iaitu bedah atau biar . kalau biar , mereka Cuma akan beri ubat tahan sakit dan mak akan kekal lumpuh begitu . Kalau bedah , tak ada jaminan mak boleh jalan semula .Dan sudah pastilah kami memilih untuk pembedahan. Nak usaha setakat termampu . Takkan kami nak biarkan sahaja . Itulah the one and only emak . Mestilah nak buat yang terbaik. Jadi petang tu mak di admit ke Hospital Taiping . Macam2 jenis doctor datang check mak , macam2 jenis teori keluar . Datang pakar , dia suspect mak ada multiple myeloma , sejenis kanser darah. Jadi dia buat ujian darah . Memandangkan resultnya akan lambat , doctor benarkan mak discharge pada petang raya pertama 28 Julai 2014. Memang raya terasa suram tanpa mak . Kami membuat segala persiapan tanpa mak. Tahun2 sebelum ni , sambil masak di dapur kami akan berceloteh panjang.. Pagi raya amat terasa kerana hanya ada ayah dan tok . Ayah saya menangis . ALLAHUAKBAR .. sayu sekali melihat air mata dari ayah .. Ayah amat terasa ketidakhadiran mak di pagi raya .. Kami tak ke Hospital kerana mak akan discharge pada tengah hari. Dalam pukul 3 , mak sampai . Duduk sekejap di atas kerusi roda pun mak mengeluh sakit . Kami letakkan tilam mak di ruang tamu bagi memudahkan tetamu yang ingin datang menjenguk mak . Masa tu mak memang oke Cuma sakit badan . Mak masih bergurau , masih bercerita macam2 .. Cumanya mak tak lalu makan . Tetap kami suap walaupun mak akan muntahkan balik lepas tu.dan mak banyak kali sebut 'janganlah lepas ni sakit yang teruk2 macam ni , biarla sakit yang biasa2 je ..' .. Hari Sabtu , 2 Ogos 2014 , kami panggil ambulan , doctor yang datang tu suruh bawakan ke hospital jadi mak dihantar ke hospital PB . Malangnya di Hospital PB , doctor hanya bersikap sinis seolah2 kami hantar sebab taknak menjaga mak . :( Kami lebih dari rela untuk jaga mak , tahu ???? Jadi dorang Cuma masukkan air dan rawat buasir mak then dia benarkan balik TANPA ambulan . katanya ambulan untuk kes kecemasan SAHAJA . katanya lagi , mak bukan sakit tapi mungkin lenguh sebab terlalu lama berbaring jadi dia pesan untuk belikan tilam air , atau balik2 kan badan mak setiap 2 jam bagi mengelakkan bed sore. Ahad , kakyong datang jenguk mak . Mak Nampak ceria malah kami gelak2. Isnin , pagi .... adalah hari terakhir saya mendengar suara mak .. kerana petang itu mak dah tak dengar suara , dah tak angguk dan tak ada geleng. Mata pun mak jarang buka. Nak beri makan ubat mak tutup mulut rapat2. Makan memang tak ada . Minum pun sedikit sangat. Itupun kami suap menggunakan picagari memandangkan mak dah tak mampu menghisap melalui straw. Tetap jugak ajak mak bersembang . Banyak kali saya sebut 'mak , mak kena sihat . Mak nak pergi konvo Ain kan ? kena lah makan . cepat mak sihat''tak lama nanti mak sihatlah ni , boleh kita pergi jalan2 kan mak' .Solat pun kami ingatkan mak jika dah masuk waktu jadi mak solat menggunakan isyarat mata . . sebelum ni mak masih boleh gerakkan tangan untuk solat walaupun berbaring.. Kami ambilkan wuduk untuk mak dan beritahu jika waktu dah masuk ..Setiap hari pergi kerja hati rasa tak sedap fikirkan mak kat rumah . Risau . Hari2 nak balik cepat. Hari2 dok tengok jam , sampai je waktu balik memang bergegas saya pulang. Hari Khamis , 7 Ogos 2014 . Saya balik , ayah dah bancuhkan milo untuk mak , ayah minta saya suapkan. Di luar jangkaan , mak habiskan secawan milo ! Sedangkan sebelum itu , satu perempat cawan pun tak habis . Petang saya beri lagi secawan , dan habis ! Last sekali yang mak minum adalah air zamzam yang saya beri selepas habis milo cawan kedua itu.bila 2 cawan milo mak habiskan , hati saya dah tak sedap. Rasa lain macam tapi pujuk hati bahawa mak dah nak sihat sebab tu dah boleh minum banyak. Tak berenggang saya dari tepi mak . Memang 2 3 hari ni kami bergilir2 bacakan Yassin untuk mak.. Maghrib , macam biasa saya dan Ain mandikan mak . Tapi mak Nampak lemah sangat . Dan semasa iringkan mak untuk cuci belakang badan , mak muntah . Keluar air milo . :( Dalam pukul 8 , toksu , paksu dan maksu datang tengok mak . Toksu cadangkan panggil MA di klinik untuk tengok mak . Kalau MA kata bawak hospital , baru bawa ke hospital . Kami memang nak bawa tapi teringat kes Sabtu yang lepas . Then kami decide , pergi panggil MA atau orang kampong kata ‘dresa’ . Then dorang sampai . Check2 mak dorang kata nak bawa ke hospital . Masa tu tak lama lepas azan isya’ . Saya ikut naik ambulan . Atas ambulan , mak dah separuh sedar. Mak macam susah nak bernafas . MA tu suruh saya ajarkan mak mengucap . Jadi saya tak henti2 bisikkan kalimah syahadah di telinga mak .Mak macam menyebut ‘ALLAH..ALLAH’ tapi suara mak tak keluar. Takutnya saya pada masa itu hanya Tuhan yang tahu , takut sangat2 yang ALLAH akan ambil mak kembali . Sungguh , saya takut dan tak mampu nak membayangkan hidup tanpa mak. Sampai hospital , terus ke kecemasan , tak lama lepas tu doctor panggil masuk . Dia cakap ‘pernafasan pesakit sangat tidak baik . you tengok saya sudah kasi oksigen level paling tinggi tapi masih tak oke’ .. kemudian dia Tanya sudah berapa hari mak tak larat begini saya beritahu sejak isnin petang .. kecewa bila doctor kata ‘ kenapa sekarang baru bawa ?’ ALLAH .. sabtu hari tu bawa memang beginilah kondisi mak , tapi apa yang kami dapat? Huhu. Then doctor suruh tunggu di luar . Masa tu kakyang dan abang am dah sampai .Beberapa kali doctor panggil masuk . Mula2 dia kata nak transferkan mak ke hospital yang ada mesin oksigen tu mungkin Taiping mungkin Ipoh . Dalam fikiran masa tu dah bersedia ‘oke malam ni saya jaga mak..’ malah dah berkira2 ayat yang nak diguna untuk call pengetua untuk minta cuti rehat khas (crk). Then doctor panggil lagi , katanya jantung mak tiba2 berhenti . ALLAH .... saat ini , terasa jantung sendiri yang berhenti . Mereka nak buat prosedur cpr untuk mak . 25 minit selepas itu , doctor panggil .. katanya ‘kami sudah buat cpr untuk 25 minit , tapi tidak ada respon dari pesakit . kami juga ada dengar bunyi ‘kruk’ dari pesakit . kami akan cuba untuk 5 minit lagi jika tidak ada respon kami terpaksa let go kerana pesakit pun Nampak terseksa'. ..... ALLAH ALLAH ALLAH .. saat ini sudah terasa bahawa kami telah kehilangan mak .. namun tetap berdoa untuk keajaiban 5 minit itu .. Tuhan kembalikan lah ibuku .. 5 minit kemudian , doctor panggil .. saat ini kaki terasa berat nak melangkah .. seolah-olah tahu apa yang bakal kami berdepan .. Terasa lemah terasa gelap dunia .. masuk dalam .. doctor kata dia sudah buat yang termampu dan tidak ada juga respon dari mak .. 'Saya suspect dia punya sakit multiple myeloma sudah merebak tapi saya tak ada bukti’ dan pada sijil kematian doktor tulis jangkitan kuman dan kegagalan organ sebagai punca kematian.. masa tu saya memang terduduk .. ALLAH .. telah KAU ambil ibuku pulang .. saya dan kakyang duduk di sisi jenazah mak sementara menunggu van jenazah sampai ..saya cium mak puas2 kerana mak baru sahaja pergi jadi badan mak masih panas seperti manusia hidup .. perasaan , entah bagaimana mahu diceritakan . begitu banyak dugaan dalam hidup saya , ternyata ini yang paling berat . Mak Nampak tenang ..
Mak pergi malam jumaat .. betapa beruntungnya mak .. berapa ramai yang mengidamkan pulang ke rahmatullah pada malam jumaat ? hari pengebumian mak , Jumaat 8 Ogos 2014 jam 10 pagi . malam itu kami adik beradik dan ayah memang tidak tidur , temankan jenazah mak .. bergilir2 bacakan yassin dan ayat2 al quran untuk mak .. melihat muka mak , jernih sangat2 .. cantik sangat2 .. tak pernah lihat mak secantik itu .. kami adik beradik sama2 mandikan jenazah mak .. saat dikafankan , saya renung muka mak puas2 kerana itulah kali terakhir saya akan tengok jasad mak .. saya turut ikut ke kubur untuk pengebumian mak .. cuaca hari itu sangat baik .. mendung dan angin sepoi2 bahasa .. ALLAH .. kubur mak selang 4 kubur dari arwah kakak .. sekali lagi sebelum mak diturunkan ke liang lahad , kafan mak di bahagian muka dibuka bagi membolehkan kami melihat muka mak .. sekali lagi kami tatap wajah mak puas2 , sebelum ia ditutup kembali .. selamat tinggal mak .. selamat pulang .. entah esok lusa , kami menyusul ... kembali bekerja , segalanya terasa kosong .. tak ada tangan dan pipi mak untuk dicium .. perjalanan pergi dan balik kerja dihiasi dengan air mata .. rindu pada mak .. rindu sangat2 .. dan ia bukan air mata sedih , ia air mata kerinduan yang amat sangat dari seorang anak .. hingga sekarang , balik rumah ternampak2 bayang mak .. terasa2 kehadiran mak .. bagai terbau mak .. terdengar2 bunyi tongkat mak .. setiap inci rumah mengingatkan pada mak .. 12 ogos , hari mak patut ke hospital . saya balik , tengok mak tak ada , dalam hati kata ' oh mak tak balik lagi dari hospital' .. entah kenapa hari itu saya jadi blur .. kemudian baru tersedar ' ' ALLAH .. fara .. mak dah tak ada apa kau merepek ni ' .. saya beristighfar berkali2 .. sedekah alfatihah banyak2 untuk mak .. ALLAH , rindu sangat ... tapi telah sampai janji mak dengan Tuhan -- 70gos 2014 mak akan pulang .. dan insyaALLAH kami semua redha .. :)
Insya ALLAH mak bahagia di sana .. mak muslimah yang sangat menjaga agamanya , mak isteri yang taat , mak ibu yang mithali , mak anak yang solehah , mak menantu yang terbaik , mak kakak yang baik , maktok yang baik .. Sakitnya juga tak lama .. perginya juga dalam keadaan baik .. di hari yang baik ... semoga ALLAH tempatkan mak di syurgaNYA .. aminn ..



Saturday, May 18, 2013

tatatatatatatatata ~

aLahai cOmeL . cOmeL . cOmeL . tatatattaa~
nota tepi tingkap : post ni sebab ada orang kata bLog ni penuh sepaiiiderrr ( dah banyak sawang Lahh tuu .. ) . terima kasih pada yang sudi membaca . semoga hidup anda diberkati . :)


Saturday, February 23, 2013

aisya dan ammar .

assaLamuaLaikum..
aisya dah mencecah 5 tahun . dan kami telah muLa mengajarnya untuk soLat . setiap kaLi soLat , saya akan panggiL dia untuk bersoLat bersama saya . ALHAMDULILLAH , dia anak yang menurut perintah . tiada sebarang bantahan dari dia setiap kaLi saya mengajaknya soLat . maLah kadang-kadang dia yang akan datang kat saya dan cakap ' achik jom sembahyang.. ' biLa dia teLah mendengar azan , tapi saya masih beLum memanggiLnya untuk soLat .. :) biLa asar puLa , dia tahu dia harus soLat duLu sebeLum keLuar untuk bermain bersama kawan-kawan di kejiranan kami atau sekadar bermain dengan abangnya , ammar .
aisya kadangkaLa tidak terduga kerenahnya . pernah semasa soLat dia tiba2 tersedu2 . sampai waktu berdoa pun dia masih tersedu2 menangis . biLa saya tanyakan dia menjawab ' adik rindu kat ibu .. ' .. dan terus saya memeLuk dia yang sedang menangis . ALLAH .. sebaknya hati meLihat tangisan seorang anak keciL yang rindukan ibu yang teLah pun pergi menyahut seruan ILAHI ..
juga kerap , biLa menonton tv , atau biLa saya membawanya keLuar , biLa meLihat kanak2 seusianya berjaLan2 bersama2 ibu masing2 dia akan cakap .. ' adik tak ada ibu .. ' namun dia bagai terpujuk biLa disuruh membaca ALFATIHAH atau membaca doa untuk ibubapa kepada arwah ibunya .. 'adik baca doa banyak2 kat ibu , nanti ibu sukaa ..' . setiap kaLi Lepas soLat dia akan baca doa untuk ibubapa tu kuat2 :) .. ALLAHUAKBAR .. saya cuma mengajarkan doa itu kepada dia daLam masa 3 hari , dia teLah dapat menghafaLnya beserta terjemahan :) dia memang anak yang cerdas akaLnya , mudah menerima jika diajarkan iLmu2 baru . moga dia menjadi anak yang soLehah agar dapat membahagiakan arwah ibunya di sana .. :)
oke ni gambar dia dengan baju tadika nya , PASTI . ALHAMDULILLAH , antara tempat asuhan terbaik untuk anak2 keciL :)
ammar juga teLah diasuh untuk mengikut tok ayah ke masjid , dan jika tidak dia akan soLat di rumah . ammar juga mudah menurut kata . waLaupun untuk soLat subuh , dia sentiasa mahu mengikut tok ayah nya ke masjid . ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH . moga keduanya akan menjadi insan soLeh dan soLehah yang membahagiakan ibubapanya di SANA .. insyaALLAH .. seLagi di bawah asuhan kami , seLagi itu asuhan untuk akhirat diutamakan . Moga ALLAH permudahkan . aminn .. :)
end of the entry . MariLah menjadi hamba . ALLAHUAKBAR .



Sunday, December 9, 2012

entri untuk kakak .

assaLamuaLaikum ..
oke , seteLah semua entri yang sedih2 beLaka , kaLi ini saya taknak sedih dah .. penat sungguh .. sedih pun keadaan tak berubah , jadi mari kita Lupakan semua perasaan sedih tu . Hidup singkat sangat ,, kan ? Sekarang saya nak jadi orang yang bertabah hati . Saya nak jadi saya yang duLu . Saya yang sentiasa senyum waLau hati menangis . Saya yang sangat kuat , sangat kentaL , bLabLabLa .. saya harus happy kan ? Semua orang ada cabaran hidup masing-masing . Apa yang sedang saya hadapi adaLah bahagian saya . Bahagian saya yang orang Lain takkan mampu bertahan jika menghadapinya . Begitu juga jika bahagian orang Lain ,, saya pasti tak mampu menghadapinya . Every probLem is speciaLLy made for you , kan ? So mariLah berpegang pada pepatah omputih ' What doesn't kiLL you make you stronger' . So ,, chayyooo FARA !!
Saat ini ,, dah hampir 9 buLan kakak saya yang dipanggiL kaknyah daLam famiLi , pergi meninggaLkan kami untuk seLamanya . KaLau bukan orang perak mesti peLik sikit dengan panggiLan 'nyah' tu kan ? YeLaa kan tu panggiLan utk goLongan keceLaruan identiti tu . hehe .. tapi kat perak , kami ada yong , nyah , yang ..... atau kaLau transLate ke bhsa baku .. Long , Ngah , Lang .. oke ,, bunyiknya macam entri ni akan sedih jugak kan ? Sedih memang sedih , tapi saya teLah muLa menerima bahawa nyah tak ada Lagi di sini . BerbaLdi2 air mata saya tangiskan pun tetap tak akan kembaLikan dia ke sini . DaLam sedih , saya berasa tenang kerana dia tidak Lagi perLu menanggung derita dan sakit dunia . Arwah nyah adaLah kakak saya yang sangat kuat . Dia sentiasa senyum dan ketawa . Setiap kaLi , dia yang memeriahkan suasana . Dia pendam semua derita . Tapi , kami tahu . Kami tahu . ..
Nyah dan saya banyak berkongsi cerita . Setiap kaLi pergi mengambiL dia dari tempat kerja , sepanjang perjaLanan puLang macam2 jenis perkara akan kami bisingkan . Gosip adik beradik , gosip jiran tetangga , gosip sanak saudara , gosip poLitik , gosip artis .. semua kami tarah . hahaha ! Tapi akan habis biLa sahaja sampai di rumah . Apa yang kami buaLkan , kami sahaja yang akan tahu . DaLam banyak-banyak adik beradik saya , nyah yang paLing banyak tahu pasaL saya . Nyah yang paLing memahami situasi saya . Kami ada banyak perancangan masa depan yang kami bincang berdua . Tapi manusia merancang , ALLAH jua yang menentukan . Oke , saya dah nangis . Aduh , memang rindu . Sangat rindu . Sedikit kesaL kerana sebuLan sebeLum kematian nyah , saya tidak Lagi beruLang mengambiL nyah dari tempat kerja . Ayah yang mengganti tugas saya itu . Tapi , kereta saya adaLah kenderaan terakhir yang nyah naik semasa dia masih boLeh bercakap dan tertawa . 29 februari , itu tarikh terakhir nyah bersembang bergosip dengan saya . Saya ingat Lagi hari itu nyah minta saya temankan dia ke kedai motor di parit buntar . 1 mac , nyah demam dan dimasukkan ke wad HospitaL Parit Buntar . 2 Mac , nyah dibenarkan puLang tapi dia tak mampu berjaLan , hanya menggunakan tongkat . 3 Mac ,, maLam itu keadaan nyah teruk sekaLi . Dan sekaLi Lagi , kereta saya menjadi kenderaan terakhir yang nyah naiki semasa masih Lagi sedar . Kami hantar dia ke HospitaL PB , n seteLah diperiksa , mereka terus membawa nyah ke HospitaL Taiping . Saat itu , nyah teLah tidak sedarkan diri . Dan terus tidak sedarkan diri hingga hujung nafasnya .
Hari terakhir nyah , kami pergi meLawat dia pada waktu meLawat 12.30-2.00 petang . Tapi saat itu tubuh nyah sangat sejuk . Pernafasan sangat perLahan . Dan kami masing-masing daLam hati sudah dapat merasa bahawa teLah tiba masanya dia akan pergi , tapi masing-masing diamkan dan tak mahu menerima hakikat itu . 5.30 petang , kami mendapat panggiLan dari hospitaL yang meminta waris datang kerana nyah sedang tenat ( sedangkan nyah teLah pun meninggaL dunia waktu itu , prosedur hospitaL takboLeh kabarkan kematian meLaLui teLefon ). Adik saya yang bekerja di Taiping menjadi wakiL kami , dan panggiLan teLefon dari dia mengesahkan segaLanya . Nyah sudah kembaLi menghadap Yang Maha Pencipta . Saat saya menerima khabar itu ,, saya terus ke biLik , terduduk . BLur seketika sebeLum muLa menangis . Menghantar beberapa sms , menerima beberapa panggiLan yang mahu menenangkan saya . MaLam itu , jenazah nyah sampai pada jam 10 , saat itu saya tak mampu Lagi menahan air mata . Saya menangis teresak-esak . MakLong saya datang memeLuk saya dan saya menangis bagaikan budak keciL yang kehiLangan anak patungnya .
Kini , masih terasa kehadiran nyah . Kadang-kadang saya mimpikan dia . Pagi raya , terasa ketiadaan dia . Setiap sudut rumah ini , terbayang-bayang keLibat dia . BiLa rindu , saya buka akaun facebook nyah dan membaca komen2 yang ditaip oLehnya . 27 nov , hari Lahir nyah . Tapi nyah tak ada Lagi . Tapi saya tahu , nyah di sana pasti baik-baik sahaja sebab nyah orang baik . Mak sampai saat ini masih sebak setiap kaLi menyebut tentang nyah . Derita kehiLangan anak pastiLah Lagi hebat kan ?
Eh , entri ni tak sepatutnya sedih kan ? Tapi saya menangis menaip entri ni . Berat . Memang berat . Tapi semua orang akan berdepan dengan kematian . BiarLah kematian itu menjadi peringatan untuk kita yang masih hidup . Sekarang nyah teLah seLamat berangkat ke aLam akhirat . Kita yang masih hidup pun sedang menunggu giLiran . Mungkin esok Lusa atau mungkin sekejap Lagi giLiran kita .
nyah , kakchik rindu giLerrrrrrrrrrrrrrrrrr .
Oke , thanks sebab membaca entri ini . ( Bajet ada orang baca je =.= ) . KaLau tak ada orang baca pun maka ucapan thanks tu saya ucapkan kepada diri sendiri . kukuikui . daaaa ~



Friday, September 30, 2011

berdua bersatu




BERDUA BERSATU

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu


notakaki : kenape saya rasa muzik dia cam Lagu seaLed with a kiss ( peberet song saya nih !! ) .. n mcm Lagu buronan cinta pun adee .. ape punn .. best je Layannnnnnn



Friday, August 12, 2011

ayah yang sangat saya sayangi




Menjaga ayah di hospital benar-benar memberi pengalaman yang menakutkan bagi saya .. Ayah jarang sakit .. sebab itu di kampung , ayah dipanggil 'AT' ..singkatan dari SIHAT .. menurut kata tok , ayah tak pernah sakit semasa dia masih kecil , sebab tu dipanggil SIHAT .. sepanjang menjadi anak ayah , ayah jarang tunjukkan rasa sakit walaupun kami tahu dia sedang sakit .. ayah jarang mengeluh .. kalau dia demam , dia ambil ubat dan berehat .. tak pernah kedengaran dia merintih , mengeluh atau mengadu kesakitan ..
Ayah , sama seperti arwah Tokwan , dan sama juga saya , amat takut dengan hospital .. selagi boleh , mmg tak akan ke hospital .. sekarang ALLAH menguji ayah .. malam pertama menjaga ayah , juga pertama kali seumur hidup saya bermalam di hospital , keadaan ayah sedikit teruk .. saya tahu ayah menahan sakitnya .. kalimah 'ALLAH' sentiasa di bibirnya .. saya tahu ayah sedang menahan kesakitan .. dan sesekali terluah perkataan 'sakit' dari mulut ayah .. saya tahu ayah benar-benar sakit .. walaupun begitu , ayah tidak sesekali meninggalkan solatnya .. walaupun tidak mampu bangun untuk berwuduk dan solat di atas katilnya , ayah sentiasa alert dengan waktu solat .. kalau tidak pasti , dia akan bertanyakan saya sama ada sudah masuk atau belum waktu solat .. bila saya katakan sudah , dia akan menyuruh saya ke surau untuk ke solat dan dia sendiri akan mula bersolat .. terima kasih ALLAH , Kau telah memilih aku untuk jadi anak kepada IsmaiL b Ibrahim ..
sepanjang malam ayah tidak lena tidur tapi tetapi berkali-kali menyuruh saya tidur .. saya tahu ayah kasihankan saya yang hanya duduk di tepi katil .. tapi dalam keadaan ini , bagaimana saya boleh lena .. sesekali ayah tertidur , wajahnya berkerut , menahan sakit .. sewaktu nurse yang bertugas ingin menukar lampin dan lapik katil ayah , nurse meminta saya menolongnya .. Tuhan saja yang tahu betapa saya ingin pitam melihat darah yang sangat banyak .. saya adalah seorang yang tidak tahan melihat darah yang banyak , saya mudah pitam .. tetapi entah dari mana kekuatan saya datang , sehingga selesai menukar lampin dan lapik , saya masih berdiri masih bertenaga masih ok .. sepanjang malam itu , 3 kali lampin dan lapik ayah ditukar , dan di ketiga-tiga kali itulah , ia dipenuhi darah .. Ya Allah , pada masa itu saya benar-benar takut .. saya takut kehilangan ayah .. entah berapa kali air mata saya menitis .. takut , sangat2 takut ..
bila tekanan darah ayah kerapkali menurun secara tiba-tiba , saya menggeletar , cuba mengusap2 tangan ayah walaupun entah ada sebarang kesan atau tidak .. dan malam itu beberapa kali ayah muntah membuatkan dia bertambah lemah .. jumlah drip , saya dah tak terkira , sebab terlalu banyak kali ditukar , dan kerana ayah telah kehilangan darah yang banyak , badan ayah telah dimasukkan dengan darah penderma .. menjelang pagi , dalam pukul 3 hingga 4 , ayah mengadu kesejukan yang amat sangat .. saya telah menyelimuti tubuh ayah dengan 3 helai selimut dan sehelai tuala , itupun ayah masih menggeletar .. ayah meminta saya menutup keseluruhan tubuhnya , termasuk kepala ..
bila azan subuh kedengaran , saya segera ke surau untuk solat dan mandi sementara ayah pun menunaikan kewajipannya di atas katil ,.. saya tahu beberapa pesakit dan waris pesakit memandang pelik melihat perilaku ayah , nurse mungkin sudah terbiasa melihat pesakit yang solat di atas katil .. kembali dari surau , beberapa HO dan MO mula masuk ke wad , dan sehingga pukul 8 pagi ntah berapa HO dan MO yang datang memeriksa ayah , dan entah berapa kali ayah menyuruh saya makan .. saya menolak dengan alasan menunggu adik saya habis kerja dan datang ke hospital .. dan entah berapa kali ayah bertanya keadaan mereka yang dirumah .. 'sekolah ke ammar dan oman?' " siapa yang nak pergi kedai belikan barang dapur?' dan lain-lain .. dan juga ayah bertanya saya 'tak kerja kah hari ini ?' .. itulah ayah .. sakit-sakit pun masih berfikir tentang orang lain ,, doktor kata itulah punca tekanan darah ayah menurun .. sebab ayah terlalu kuat berfikir ( sekali lagi saya tahu dari mana sifat sangat kuat berfikir saya ni datang ). saya meminta ayah jangan terlalu fikirkan mereka yang di rumah kerana tahulah kami menguruskan hal-hal di sana .. ayah cuma perlu berehat dan tenangkan fikiran .. sesekali ayah mengambil nasihat itu , dan tekanan darahnya kembali okay ..
selepas diperiksa pakar dan selepas dilakukan endoscopic , doktor memberitahu ayah perlu dibawa ke hospital Ipoh untuk menjalani CT scan . kata mereka , ujian endoscopic yang telah dilakukan gagal menunjukkan apa sebenarnya sakit yang sedang ayah hadapi .. maka tengah hari itu , ayah dibawa ke sana . Ayah ditemani adik saya yang bekerja sbg nurse . saya pula perlu menguruskan beberapa hal tertentu , jadi lebih mudah jika adik yang menemani ayah . menunggu hasil scan itu bagai menunggu sepakan penalti . jantung berdebar , makan tak lalu .. risau risau risau ..

saya pendekkan lah cerita .. okay ayah akan menjalani operation pada 22 hb ni .. jadi sesiapa yang membaca nukilan ini , doakan ayah saya ye .. saya sangat sangat sangat sayang ayah saya ..


masa ni ayah dah dipindahkan ke wad ortho dan pembedahan .. masa ni ayah dah boleh duduk ,, dah boleh membaca .. dan boleh bersembang ..