Friday, September 30, 2011

berdua bersatu




BERDUA BERSATU

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu


notakaki : kenape saya rasa muzik dia cam Lagu seaLed with a kiss ( peberet song saya nih !! ) .. n mcm Lagu buronan cinta pun adee .. ape punn .. best je Layannnnnnn



Friday, August 12, 2011

ayah yang sangat saya sayangi




Menjaga ayah di hospital benar-benar memberi pengalaman yang menakutkan bagi saya .. Ayah jarang sakit .. sebab itu di kampung , ayah dipanggil 'AT' ..singkatan dari SIHAT .. menurut kata tok , ayah tak pernah sakit semasa dia masih kecil , sebab tu dipanggil SIHAT .. sepanjang menjadi anak ayah , ayah jarang tunjukkan rasa sakit walaupun kami tahu dia sedang sakit .. ayah jarang mengeluh .. kalau dia demam , dia ambil ubat dan berehat .. tak pernah kedengaran dia merintih , mengeluh atau mengadu kesakitan ..
Ayah , sama seperti arwah Tokwan , dan sama juga saya , amat takut dengan hospital .. selagi boleh , mmg tak akan ke hospital .. sekarang ALLAH menguji ayah .. malam pertama menjaga ayah , juga pertama kali seumur hidup saya bermalam di hospital , keadaan ayah sedikit teruk .. saya tahu ayah menahan sakitnya .. kalimah 'ALLAH' sentiasa di bibirnya .. saya tahu ayah sedang menahan kesakitan .. dan sesekali terluah perkataan 'sakit' dari mulut ayah .. saya tahu ayah benar-benar sakit .. walaupun begitu , ayah tidak sesekali meninggalkan solatnya .. walaupun tidak mampu bangun untuk berwuduk dan solat di atas katilnya , ayah sentiasa alert dengan waktu solat .. kalau tidak pasti , dia akan bertanyakan saya sama ada sudah masuk atau belum waktu solat .. bila saya katakan sudah , dia akan menyuruh saya ke surau untuk ke solat dan dia sendiri akan mula bersolat .. terima kasih ALLAH , Kau telah memilih aku untuk jadi anak kepada IsmaiL b Ibrahim ..
sepanjang malam ayah tidak lena tidur tapi tetapi berkali-kali menyuruh saya tidur .. saya tahu ayah kasihankan saya yang hanya duduk di tepi katil .. tapi dalam keadaan ini , bagaimana saya boleh lena .. sesekali ayah tertidur , wajahnya berkerut , menahan sakit .. sewaktu nurse yang bertugas ingin menukar lampin dan lapik katil ayah , nurse meminta saya menolongnya .. Tuhan saja yang tahu betapa saya ingin pitam melihat darah yang sangat banyak .. saya adalah seorang yang tidak tahan melihat darah yang banyak , saya mudah pitam .. tetapi entah dari mana kekuatan saya datang , sehingga selesai menukar lampin dan lapik , saya masih berdiri masih bertenaga masih ok .. sepanjang malam itu , 3 kali lampin dan lapik ayah ditukar , dan di ketiga-tiga kali itulah , ia dipenuhi darah .. Ya Allah , pada masa itu saya benar-benar takut .. saya takut kehilangan ayah .. entah berapa kali air mata saya menitis .. takut , sangat2 takut ..
bila tekanan darah ayah kerapkali menurun secara tiba-tiba , saya menggeletar , cuba mengusap2 tangan ayah walaupun entah ada sebarang kesan atau tidak .. dan malam itu beberapa kali ayah muntah membuatkan dia bertambah lemah .. jumlah drip , saya dah tak terkira , sebab terlalu banyak kali ditukar , dan kerana ayah telah kehilangan darah yang banyak , badan ayah telah dimasukkan dengan darah penderma .. menjelang pagi , dalam pukul 3 hingga 4 , ayah mengadu kesejukan yang amat sangat .. saya telah menyelimuti tubuh ayah dengan 3 helai selimut dan sehelai tuala , itupun ayah masih menggeletar .. ayah meminta saya menutup keseluruhan tubuhnya , termasuk kepala ..
bila azan subuh kedengaran , saya segera ke surau untuk solat dan mandi sementara ayah pun menunaikan kewajipannya di atas katil ,.. saya tahu beberapa pesakit dan waris pesakit memandang pelik melihat perilaku ayah , nurse mungkin sudah terbiasa melihat pesakit yang solat di atas katil .. kembali dari surau , beberapa HO dan MO mula masuk ke wad , dan sehingga pukul 8 pagi ntah berapa HO dan MO yang datang memeriksa ayah , dan entah berapa kali ayah menyuruh saya makan .. saya menolak dengan alasan menunggu adik saya habis kerja dan datang ke hospital .. dan entah berapa kali ayah bertanya keadaan mereka yang dirumah .. 'sekolah ke ammar dan oman?' " siapa yang nak pergi kedai belikan barang dapur?' dan lain-lain .. dan juga ayah bertanya saya 'tak kerja kah hari ini ?' .. itulah ayah .. sakit-sakit pun masih berfikir tentang orang lain ,, doktor kata itulah punca tekanan darah ayah menurun .. sebab ayah terlalu kuat berfikir ( sekali lagi saya tahu dari mana sifat sangat kuat berfikir saya ni datang ). saya meminta ayah jangan terlalu fikirkan mereka yang di rumah kerana tahulah kami menguruskan hal-hal di sana .. ayah cuma perlu berehat dan tenangkan fikiran .. sesekali ayah mengambil nasihat itu , dan tekanan darahnya kembali okay ..
selepas diperiksa pakar dan selepas dilakukan endoscopic , doktor memberitahu ayah perlu dibawa ke hospital Ipoh untuk menjalani CT scan . kata mereka , ujian endoscopic yang telah dilakukan gagal menunjukkan apa sebenarnya sakit yang sedang ayah hadapi .. maka tengah hari itu , ayah dibawa ke sana . Ayah ditemani adik saya yang bekerja sbg nurse . saya pula perlu menguruskan beberapa hal tertentu , jadi lebih mudah jika adik yang menemani ayah . menunggu hasil scan itu bagai menunggu sepakan penalti . jantung berdebar , makan tak lalu .. risau risau risau ..

saya pendekkan lah cerita .. okay ayah akan menjalani operation pada 22 hb ni .. jadi sesiapa yang membaca nukilan ini , doakan ayah saya ye .. saya sangat sangat sangat sayang ayah saya ..


masa ni ayah dah dipindahkan ke wad ortho dan pembedahan .. masa ni ayah dah boleh duduk ,, dah boleh membaca .. dan boleh bersembang ..





Saturday, July 9, 2011

=.='

I'm running out of time

I need a doctor ..

call me a doctor ..

I need a doctor, doctor ..

to bring me back to life





taLking to the mOon =='




suka Lagu ni .. sebab saya memang suka menikmati keindahan buLan ..


best kan cmni ..


Saturday, March 26, 2011

--today my life begins --

love it ...



TODAY MY LIFE BEGINS .. by Bruno Mars

i've been working hard so long
seems like pay has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if i'd ever heal again

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and i've learnt how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me


leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

life's to short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins
today my life begins...


Saturday, February 12, 2011

syukur saya tak cantik ;))




Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.


by NAZA MELMAN .

* artikel yang indah .. dan saya bersyukur walaupun saya tidak cantik pada pandangan mata dunia .. asalkan saya CANTIK pada pandanganNYA .. *

Saturday, February 5, 2011

. lagu besh ~ .




cintamu


Nota cinta lama
Kujadikan lagu
Walau tidak seindah
Bisik kata yang kau beri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku dibuai kerinduan

Belum pernah ada getaran sebegini
Memang benar aku dilanda
Cinta kepadamu

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku

Kini ku temui
Insan yang ku sayangi
Sentiasa di sisi
Bagai bintang yang berseri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku dibuai kerinduan

Belum pernah ada getaran sebegini
Memang benar aku dilanda
Cinta kepadamu

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku

Apa jawapan engkau berikan
Tak bisa ku rasa segala rahsia
Kau pesona cinta yang membawa
Bahagia

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku